Tuesday 8 December 2015

KENALI BMI & BMR ANDA

Assalammualaikum....
Hari ini saya nak berkongsi secara ringkas mengenai BMI & BMR
Baru sahaja baca nota mengenai BMI & BMR tadi hehehe
Penting juga untuk setiap orang mengetahui atau mengenal pasti tahap BMI & BMR diri sendiri...
Jika anda sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan, kedua-dua perkara tersebut (BMI & BMR) adalah perkara asas yang perlu diketahui

Apa itu BMI???
BMI (Body Mass Index) - kadar nisbah berat badan dan tinggi individu
Melalui BMI kita dapat mengetahui tahap berat badan kita sama ada seimbang atau tidak


Jom kira sendiri berapa BMI kita???
Seterusnya rujuk jadual BMI seperti di atas untuk kenal pasti di manakah tahap berat kita??
Berat badan seimbang ke tidak???

Apa itu BMR??
BMR (Basal Metabolism Rate)
Ia menunjukkan kadar pembakaran kalori badan pada masa individu tersebut tidak melakukan apa-apa aktiviti atau masa tidur.
Semasa tidur juga pembakaran kalori tetap berlaku....wowww!!! Hehehe

Terdapat dua cara untuk mengenalpasti BMR :
1 - Karada scan (menggunakan mesin dan bacaan lebih tepat)
2 - Pengiraan Harris Benedict Equation

Ok...back to school...kita kena kira BMR kita menggunakan formula...macam study matematik juga ni...hehe

Formula Harris Benedict Equation :

Untuk LELAKI = (13.7516 x weight) + (5.0033 x height) - (6.755 x age) + 66.473 kcal/day

Untuk PEREMPUAN = (9.5634 x weight) + (1.8496 x height) - (4.6756 x age) + 655.095 kcal/day

* weight (kg)
* height (cm)

Jom kira BMR kita!!!
Kita buat latihan matematik sikit....jom selesaikan contoh kes ini...

Contoh : Kirakan BMR individu A

Individu A,

Berat = 80 kg
Tinggi = 165 cm
Umur = 30 tahun

BMR 'A' (LELAKI)
= (13.7516 x 80) + (5.0033 x 165) - (6.755 x 30) + 66.473 kcal/day
= 1789.496 kcal/day

BMR 'A' (PEREMPUAN)
= (9.5634 x 80) + (1.8496 x 165) - (4.6756 x 30) + 655.095 kcal/day
= 1585.083 kcal/day

Kesimpulan,

Kadar pembakaran kalori dalam badan individu 'A' ;
Jika LELAKI = 1789.496 kcal/day
Jika PEREMPUAN = 1585.083 kcal/day

BMR lelaki kebiasaannya memang lebih tinggi daripada perempuan, hal ini kerana lelaki lebih banyak otot, manakala perempuan lebih banyak lemak.

So untuk kurus atau mengurangkan berat badan, kita perlu makan KURANG daripada kadar BMR kita!!!!
Kawal pengambilan kalori harian kita...
Jika pengambilan kalori harian lebih daripada kadar BMR, kalori berlebihan itu akan ditukar menjadi lemak.

Itu dia kaitan antara BMI & BMR.
Jom kenalpasti BMI & BMR kita!!!

Selamat mencuba
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment